Bercerita tentang lipas, jom wiki dulu ~
Lipas merupakan sejenis serangga dalam order Blattaria atau Blattodea. Lipas biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki.
Terdapat kira-kira 4,500 spesies lipas, kira-kira 30 spesies dikaitkan dengan tempat tinggal manusia dan kira-kira empat spesies terkenal sebagai serangga perosak.
Namun begitu, terdapat beberapa fakta yang agak menarik mengenai spesis ini yang korang anggap mereka ni serangga perosak..antara fakta-fakta yang menarik adalah seperti berikut :
- Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila..
- Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit..
- Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
- Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
- Lipas mempunyai darah berwarna putih
- Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
- Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
- Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
- Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
- Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
- Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
- Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
- Lipas ada gigi di dalam perutnya
- Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
- Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
- Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
- Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
- Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
- Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
- Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa
sape-sape yang sama kriteria yang tersebut dalam nombor 2, 19 dan 20 boleh lah consider diri korang tu lipas...hehe.
*info dicedok dari gugel.