- Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila..
- Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit..
- Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
- Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
- Lipas mempunyai darah berwarna putih
- Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
- Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
- Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
- Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
- Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
- Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
- Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
- Lipas ada gigi di dalam perutnya
- Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
- Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
- Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
- Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
- Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
- Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
- Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa
Sunday, December 2, 2012
tentang lipas lipas..
Sunday, May 15, 2011
Hutang galak kekufuran
KEADAAN umat Islam semakin memilukan apabila aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini. Ia mungkin tidak pelik bagi yang tidak berkemampuan, tetapi menjadi kaedah dan teknik terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan serta mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu.
Maka lahirlah ramai individu yang mampu membuat pembayaran secara tunai tetapi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah, iaitu jika membayar secara tunai mereka akan rugi.
Ini satu fenomena kurang sihat, tapi dianggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat mengenai bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramai peminjam enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta dan syarikat mereka hingga ada yang lebih rela diisytiharkan muflis asalkan tidak perlu membayar hutang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Minggu ini, sama-sama kita pelajari pandangan Islam dalam hal hutang. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Riwayat Muslim, 6/38)
Baginda kerap mengajar umat Islam supaya berdoa dilepaskan daripada hutang: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.” Lalu baginda ditanya: “Mengapa engkau sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Riwayat Al-Bukhar, 1/214)
Ada juga dalam sebuah hadis lain, ertinya: “Ya Allah, aku berlindung daripada kekufuran dan hutang.” Mendengar itu, seseorang bertanya, “Apakah engkau menyamakan kekufuran dengan hutang, wahai Rasulullah?” “Benar,” jawab Rasulullah. (Riwayat An-Nasaie, 2/316; Ahmad 3/38; Al-Hakim berkata sahih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani: Dhoif)
Ini jelas aktiviti berhutang kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh.
Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan. Ia seperti berikut:
1. Kad kredit: Jauhkan diri daripada menggunakan kad kredit. Selain isu riba yang hampir dengan kad kredit, ia menggalakkan hutang secara berlebihan. Malah, jika seseorang ingin menggunakannya, dinasihatkan supaya digunakan untuk memudahkan urusan pada saat yang benar-benar terdesak. Adalah lebih baik menggunakan ‘charge card’ atau ‘debit card’ saja. Jauhkan diri daripada ketagihan penggunaan kad kredit.
2. Pinjaman peribadi: Ini satu lagi produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Perlu disedari, seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional diharamkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma hari ini, ada beberapa bank Islam dan perbankan Islam menawarkan pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam.
Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep ‘bai inah’ (jual dan beli semula antara dua pihak sama). Konsep ini sangat kontroversi dan ditolak kebanyakan ulama Timur Tengah, namun ia diterima ulama Malaysia dan Brunei.
Apapun, kebiasaannya kadar dikenakan tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang sangat mendesak perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
3. Perumahan dan kereta: Dua item ini mungkin keperluan asas bagi kebanyakan individu. Bagi saya, seelok-eloknya hutang peribadi kita dihadkan kepada dua jenis ini saja. Itupun mesti menilai kemampuan kewangan dengan sebaik-baiknya supaya tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional disepakati haram oleh seluruh ulama dunia.
4. Umrah dan haji sunat (kali kedua): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan daripada segi fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanya sekali. Justeru, umat Islam perlu memahami keutamaan atau ‘awlawiyyat’ di dalam pengendalian wang peribadi.
Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukkan untuk ke umrah dan haji kali kedua lebih baik dan besar pahalanya jika disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi.
Malangnya, ketidakfahaman umat Islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
Nauzubillah...semoga kita dijauhkan olehNya..
Lawak Hujung Minggu [LHM]
bunyik macam kelakar tp mmg ada logik nya..
cuba buka notepad ,
tulis CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
pastu save as sebagai ilove you too.vbs
tutup file dan double click file tu....
secara otomatik anda akan tahu bahawasanya selama ni yang korang dok bercinta dgn komputer/notebook masing tu samada sama spesis or berlainan ataupun dua alam..
selamat mencuba..
Monday, February 28, 2011
airmata darah !
dahulu dan dewasa kini kita sering mendengar ungkapan "menangis airmata darah sekalipun......."
digunakan untuk menrungkapkan sesuatu maksud yang mendalam..
xterkecuali juga aku..tp bkn sekadar berkata-kata tp benar-benar terjadi !
alkisahnya begini..tanggal 19hb lepas...tepat kul 8.30pm...aku telah tergolek diatas "sebatang jalanraya"... kalau orang tanya je apsal dgn aku ni berbalut-balut luka kt muka dan kakitangan, xsemena-mena aku yang tergelak dahulu ( dalam hati jelah..xtahan nak ketawa..maklumla nak senyum pun xboleh masa tu )... mungkin bagi orang lain xpelik..tp bagi aku plak sebaliknya..yelah sepanjang hidup aku bawa motorsikal xpenah aku tergolek seorang diri disebabkan binatang yang melintas dihadapanku..kalau setakat ayam,monyet,kambing xpela..ni binatang haram..haramjadah punya anjing ! haha..
btw..aku mmg sejak dari dlu lagi fobia sikit dgn spesis tersebut...maklumla da ada sejarah sebelum2 ni...tp xdela parah sgt kecuali hari kejadian tersebut...masih aku ingt malam tu, aku p la amik motor aku kt parking motor...dahla aritu lepas hujan..motor aku lak susah nak hidup maklumla da beberapa minggu aku xbawak...beberapa kali kakiku terkehel semasa "kick start" akhirnya hidup juga..apelagi..tarik clucth masuk gear 1..kepish....masuk gear 2 lak..sampai hujung simpang tiga xsemena-mena satu lembaga putih melintas dihadapanku..aku pun memperlahankan jenteraku supaya bendalah tu berlalu pergi..namun begitu nasib xmenyebelahiku..benda tu nak juga kacau hidup aku..dan menerkam laju dari hadapan motorku..pe lagi brek mengejutlah...tersembam muka aaku keatas tar dan tergolek ditempat kejadian..aku terus bangun alih2 da hilang benda tu..aku ingtkan nak baling dgn helmet sbb xpuas hati..xsampai dua 3 minit ramai yg datang mengerumi aku..semua dok pakat kalut.. yelah org tgk aku macam parah je...dan kebetulan ada seorang staff disini lalu ditempat kejadian dipaksanya gak aku ke hospital...mmg berat aku nak ke hospital sbb aku mmg xsuka p hospital..
sesampainya disana terus aku dibawa ke wad kecemasan..berkerumun "bidadari-bidadari" disekeliling aku..haha..tgk aku punya ic nah dia...rupanya orang sekampung...habis dok panggil geng2 dia satu negeri..dalam dok cuci-cuci luka bleh plak diorang melawak..nasib baiklah semuanya comel2...kiranya terubat juga rasa sakit ni..haha..
akhirnya aku mendapat lebih kurang 10 jahitan kt sekeliling mata kanan ku.. MA yg menjahit luka ku menyatakan yang aku nyaris-nyaris rosak mata belah kanan kerana kbykan tisu pipi ku hancur dan bernasib baik tidak sampai hujung kelopak mata..hanya beberapa cm sahaja lagi..alhamdulillah Allah masih menyayangi ku lagi.. kepada nurse-nurse, dokter-dokter dan MA serta juru-xray yg merawat aku pada malam tu, aku mengucapkan jutaan terima kasih..khidmat korang mmg terbaik..selama aku masuk hospital ( hospital tanah merah, hospital klang dan poliklinik shah alam je pun ) hospital bukit mertajam la yang terbaik..
sedang aku menulis entry ini sebenarnya aku baru balik dari klinik kesihatan yang berdekatan untuk menjalani rawatan susulan..mana tidaknya..sehari dua lepas tetiba je mata aku mengalir air mata darah..terkejut gak..nasib baik itu hanyalah air bisa yang keluar.. tadi aku p buka jahitan..ingtan da selesai harini...tp terpaksa lagi untuk datang keesokan harinya...doktor cakap jahitaan aku yg lepas banyak tidak menjadi kerana bahagian tisu belah mata kananku agak nipis ( yelah..muka pun cengkum je..xgebu-gebu) huhu... hasihh,..besok kena p cuci luka dan kemungkinan kena jahitan semula...huarghhh...nasib baik diriku mmg da xhensem..huuhu..sekarang tambah stiker baru lagi..kali ni agak banyak..haha bertambah "berseri" la lagi diriku ini..
klah..out dulu...nak makan ubat yang makin bertambah-tambahh ni..bukan makin mengurang..
Friday, February 25, 2011
Alkisah Wang kertas Malaysia berserta Sang Kancil
tadi dok boring-boring menunggu tido...terbelek-belek la plak duit kertas ( almaklumla tangan tgg gatal tggu duit masuk..haha ) cuba la google jap...terbaca plak entry menarik ni kt blog individu terbabit ( klik untuk link )
tanpa cakap banyak..meh kita kasi cuci mata sikit...mungkin sesetengah antara kita xtahu sejarah wang kertas / syiling dan sejarah BNM..jom layan
Kisah 1 : Agong wang kertas Malaysia.
Sejak Merdeka, Malaysia dah beberapa kali bertukar design matawang kertas - lihat sini sejarah syiling dan matawang kertas Malaysia. Scroll all the way down jika nak lihat gambar Agong di wang kertas lama dan baru. Saya bukan orang utara, jadi walau saya tahu gambar tu gambar Agong, tapi siapa sebenarnya tuanku ni?
Dari design pertama hingga hari ini, masih gunakan gambar Agong yang sama juga.
Namanya ialah Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, Agong PERTAMA negara.
Gambar-gambar dan cerita detail Tuanku di sini. Cerita lagi di sini.
Jika anda masih ingat, wang kertas "lama" Malaysia ada RM500 dan RM1,000.
Tapi kerana krisis kewangan 1998, timbul cerita bahawa orang politik ternama dan orang korporat membawa lari berjuta-juta Malaysia ke Singapore dan Switzerland.
Jika ada wang RM1,000 dan saya nak larikan RM1 juta, saya hanya perlu membawa 1,000 helai saja! Senang nak simpan dalam haversack dan beg baju!
Hari ini, wang kertas tertinggi Malaysia hanyalah RM100. Jika saya nak larikan RM1juta, kena bawa 10,000 helai. Payah nak sembunyikan jika beg masuk scan kat airport dewasa ini!!!
Singapore masih ada wang kertas S$500, S$1,000, malah S$10,000 pun. Potret di duit Singapore tu ialah bekas Presiden Yusuf Ishak, presiden pertama.
Brunei pun masih ada B$500, B$1,000 dan B$10,000 kertas.
Kisah 2 : Logo kancil Bank Negara.
Dari kecik, memang kerap kita baca buku cerita Melayu di mana sang kancil ni selalu disifatkan sebagai bijak.Jadi apabila berkelana di negara Melayu mesti biasa nampak pula logo kancil ni di bangunan Bank Negara Malaysia kan ?
Dan orang pasaran kewangan hanya panggil bank pusat ni "Negara" atau "BNM".
Si kancil Malaysia di logo ni ekor dia panjang lepas tu ada matahari dan anak bulan atas kepala dia.Mungkin BNM tidak tidur siang dan malam jaga sistem kewangan Malaysia kot..
Tapi dari mana design kancil kaki, leher, ekor panjang ni??
Baru-baru ini baru saya jumpa jawapannya. Jika salah tolong betulkan.
Rupa-rupanya BNM, katanya, dapat idea daripada wang emas Kelantan yang lama, yang dipanggil Kupang.
Cerita lanjut di sini.
Baru tahun lalu, beberapa Kupang Kelantan ni dijual dalam Lelong (Auction) wang kertas dan syiling dunia di Singapore.Sebiji syiling di atas ni - kecik saja, hanya sebesar kuku jari hantu - dijual dengan harga US$300-US$320, kerana ada nilai sejarah.
Ini description Kupang emas ni yang ditulis oleh pakar dalam buku auction tu:
Obverse [ie depan syiling] a bull/kijang facing left with raised tail ending in a circle.
Reverse [belakang syiling] in Arabic "Malik Al Adil (The Just Sultan)".
Weight 0.7 grammes, diameter approx 9.2mm."
walaubagaimanapun entry hanya tiada kaitan dgn politik dan lain- lain lagi..dan telah diedit sedikit..sekadar berkongsi bahan bacaan yang menarik..
Sunday, February 20, 2011
Q33NY
Sunday, January 16, 2011
nεw yεar..nεw sεmester..nεw problemo...nεw hopε!
masih belum terlambat lagi rasanya..baru 15hari berlalu 2010 meninggalkan kita..
so seperti biasa masuk tahun baru mesti korang,korang,korang dok sibuk tetapkan azam tahun baru memasing...dan seperti manusia² cam korang juga aku pun dah tetapkan azam aku tahun ini..sebulat suara hati..so azam aku cam biasalah seperti tahun² sebelumnya yang masih belum tercapai...hee nak tahu ke..aish malu lak nak cerita..haaha..gile ayat cam pompuan lak...wqakaka..oklah...azam aku satu je dan sama cam sebelumnya...iaitu mencari azam tahun baru untuk tahun depan lak..hermm..masih xjumpa-jumpa lagi..
haishhh susah betul kalau hidup xde matlamat & pendirian teguh ni..maklumla iman mash nipis..erkk..kekadang terpikir gak, penting ke untuk aku fikir ? hermm...tu lah satu sifat semulajadi aku iaitu "pemalas"...malas nak fikir...semua benda merumitkan bagi otak aku difikirkan aku tolak tepi kekadang buang dalam tong sampah..haishhh......
semester baru....masalah baru...dan aku berharap semester ni boleh dok wat dunno je..
malas plak nak pikir....masuk harini pun projek tahun akhir aku masih xjalan..sumber pun xcari lagi...adessss malaasssssss.......btw hopefully aku dapat habiskan semester akhir ni dgn jayanya tanpa masalah..yoshh..gud luck buat diri sendiri..zzZzz
Wednesday, December 15, 2010
Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?
Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu. Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin.
Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya ?Chersonese ? The Guilding Off? oleh Emilly Innes. Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya.
Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya............! Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: ?Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan?? Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain.
Katanya: ?Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama : Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya ? bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua : Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya ? tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.
Ketiga : Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.............!! Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong.
Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.............
Moralnya : Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita.
Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu.................
sumber : copy paste...
Monday, December 13, 2010
dEmAn FiNaL
deman final exam aku ni pelik sikit...bkn sbb kerana ter"paksa" mengulangkaji pelajaran..tetapi meniapkan assigment yang berlonggok-longgok sejak awal semester lagi..gugu..Disaat aku menulis entry ni pun aku sedang menyiapkan beberapa tinggalan tugasan sejak zaman purba lagi yg diamanahkan kepada aku untuk di submit sblm besok..adess...tu la...wat lagi kerja bertangguh2...skang da kelam kabut..tido pun xcukup..aktiviti ber"sosial" pun makin kurang, nak stdy lagiii laa jauhh...harapkan makan je yg cukup..haha..
papepun..harap aku dapat tempuhi dugaan mggu ni dgn tenang dan cukup bersedia...ganbatte !!!!
insyaAllah..aku akan buat yang terbaik dan untuk dapatkan anugerah pelajar terbaik sekali semester ni ( ayat poto jer...riak jap..heeeeheee )...hehe tapi hakikatnya ttp bangga coz nama tercatat kt papan kenyataan department biarpun orang xkenal...wahaahaa..semester ni agak memenatkan..dahla aku masih bengang sbb rayuan aku nak menetap di hostel ditolak mentah2..adess...nak mencari rumah sewa plak satu hal..haishhh...abaikan la dulu...hjg mggu ni baru aku fikir mana nak menetap..dan semester ini lah gak hampir aku berasa putus asa untuk belajar...dalam hati ingat nak berenti je..dan hasrat tu aku nyatakan pada mak ayah aku masa balik raya haji aritu...nasib baiklah diorang suruh aku bersabar dan study rajin2...solat jgn tinggal ( heeehee )...semester ni lah gak masa bersosial aku dirugikan dgn mengadap microsoft word & power point memanjang sejak awal sem lagi...yoshh...sem depan dah abis....caiyok...tempuhi Final Year Project plak !!!
semester ni aku amik 4 subjek..
1. embedded programming <----- belajar berkenaan PIC..alhamdulillah yang ni da settle mggu lepas..nasib baik final diawalkan & soalan dalam bahasa english..mau lec aku taruk bahasa jepun..menanges aku nak jawab spt. yang diajar dikelasnya...gila nota campur english - jepun..hampeh
2. system programming <---- subjek yang paling aku xfaham sejak awal semester...sepatah haram xpaham...haha..mengharapkan course work jelah yg membantu aku semester..adess
3. database design <---- subjek paling best (oracle 10g) ..sbb da ada basic SQL masa diploma..so fahamla gak.tp nak jawab soalan dia mmg aku xreti..haha..kuiz sblm2 ni pun aku memanjang markah rendah..haha
4. computer system design & analysis <---- subjek xbest n membosankan...jatuh pada hari khamis..
doakan aku ye kengkawan..
& buat kengkawan serta pelajar iLJTM seluruh negara..semoga tempuhi mggu ni dengan tenang dan bersedia.......jgn kelam kabut cam kiteorang ni..haha ( ni nasihat dari abg senior korang) keh keh..
Tuesday, December 7, 2010
kejadian² lawak semasa komputer mula diperkenalkan
1. Compaq pernah mempertimbangkan untuk mengubah perintah Press ANY Key menjadi Press ENTER Key kerana banyak penggunanya yang telefon yang menanyakan dimana tombol ANY di keyboard.
2. AST Technical Support menerima laporan komplen kerana kesulitan menggunakan mouse. Semasa Techincal Support datang ke rumahnya, mereka menjumpai mouse tersebut tidak boleh digunakan? kerana masih berbungkus rapi di dalam plastiknya. Penggunanya (seorang wanita) takut dengan mouse (tikus) sehingga tidak berani mengeluarkannya dari dalam plastik. Takut diserang mouse komputer?
3. Di tahun 1980-an, ketika disket masih berukuran besar, Compaq pernah menerima keluhan seorang pengguna yang disketnya tidak boleh dibaca oleh drive-disk komputer. Setelah diselidiki, ternyata pengguna itu sebelumnya memasukkan disket ke dalam mesin taip dan menaip label yang tertampal di disket itu.
4. Sebuah keluhan lain dari pengguna AST yang mengatakan disket mereka terkena virus yang sukar dibersihkan. Petugas AST meminta orang itu mengirimkan copy disket yang terkena virus itu untuk diselidiki. Beberapa hari kemudian, petugas AST menerima fotostat disket dari pengguna tersebut.
5. Seorang pengguna DELL mengeluh dia tidak dapat mengirimkan fax via komputer.
Setelah diarahkan selama 40 minit melalui telefon, petugas DELL mendapati pengguna itu mencuba fax via komputer dengan cara memegang kertas yang akan di fax di depan monitor, sambil menekan tombol ?SEND? di layar.
6. Seorang konsumen DELL lain mengeluh karena keyboard yang digunakannya sudah tidak berfungsi sejak dibersihkan. Ketika ditanya cara ida membersihkan keyboard, dia menjelaskan, ?Saya mencuci dan menggosok semua bahagian keyboard dengan sabun, dan membilasnya dengan air, lalu menjemurnya.?
7. Seorang pengguna DELL marah-marah kerana tidak boleh menyalakan komputer yang baru dibelinya. ?Semua sudah terpasang dengan baik.Tapi setiap kali saya tekan pedal kaki , tidak terjadi apa-apa.? Setelah diselidiki ternyata ?pedal kaki? yang dimaksud orang itu adalah : mouse.
8. Seorang lagi pengguna DELL marah kerana komputer barunya tidak nyala.
Dia menjelaskan semua sudah terpasang dengan benar, dan ketika dia menunggu selama 20 minit, tidak terjadi apa-apa pada komputernya. Ketika teknisi DELL menanyakan apakah ?power switch? sudah dinyalakan, dia balik bertanya, ?Power switch apa??
9. Berikut adalah tanya-jawab antara petugas Novell NetWire dengan seorang pembeli :
Penelefon : Hello, boleh bercakap dengan Tech Support?
Novell : Ya, boleh saya dibantu?
Penelefon : Tempat letak cawan di PC saya patah. Apa mungkin saya bisa menggantinya?
Novell : Tempat letak cawan? Apakah itu hadiah saat Anda membeli komputer?
Penelefon : Tidak. Tempat letak cawan ini sudah ada di komputer saya. Dan ketika saya meletakkan gelas saya di atasnya, tempat itu patah. Yang saya ketahui, di bahagian depan tempat itu ada tulisan ?CD-ROM, 16X?.
(Saat itu juga, petugas Novell langsung mematikan telefon dan tertawa terbahak-bahak?)
Tuesday, October 5, 2010
berTuahNya bila mEmbaZir masa..
Monday, September 27, 2010
say "NO" to this Subject as "KABA BAR"
entri ni saya forwardkan dari blog sahabat saya..agak terperanjat bila dapat tahu hal sebegini...
kenapa yahudi laknatullah suka menaikan amarah umat islam seluruh dunia ??
"Kaaba" Bar will be opened soon in New York
PLEASE RAISE YOUR VOICE AGAINST THIS RACIST ACT
Shocking?

In the business area of MID TOWN MAN HATTAN in New York a new BAR is opened in the name of APPLE MECCA which is familiar to KAABA MAKKAH. This bar will be used for supply of Wine and Drinks. The Muslims of New York are pressurizing Government of USA not open this BAR.



Please do Forward this mail to as many peoples as you can.
We need to wake up and to stand for the dignity of ISLAM
Wednesday, September 22, 2010
en. Hitler
Adolf Hitler..
Sumber ini aku cedok dari internet..dan tidak tahu darimana sumber sebenarnya..harap tuan empunya sumber ni izinkan sekadar untuk berkongsi maklumat..
So layan je ~
————————————————-
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan “Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?”
Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.
Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya…lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.
Lalu dia berkata : ” Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu…pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama…tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?”
Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : “Ada dua sebab -
1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua…bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau…
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir…
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy
Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi…
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.
Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :
(?????? ?????? ????? ?????) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah…
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.
Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi…
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
” Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku”
3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan ” Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?”
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau…minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas…
Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.
———————————————————-
"Saya boleh bunuh semua yahudi ketika saya berkuasa. Saya tinggalkan sedikit kepada kamu agar kamu kenal siapa yahudi dan cari jawapan kenapa saya bunuh mereka". -Hitler
———————————————————-
sekian ~
Tuesday, September 21, 2010
Encrypt Decrypt Software
macamana nak buat...otak blurr =,="
acctually projek ni penyelia yang bagi memandang aku xhantar pon lagi proposal projek..
nak tanak kenalah gak buat projek yang dibaginya...
yoshhh research untuk pembangunan sofware ini akan bermula...
yakin boleh ~!!!!!!
living a life full of lies
I once said 99 true words, no one believed me. I once said a single lie, everyone believed me. From then on, I realized that we are living a life full of lies..
I want to be hated by all so that when I die no one would get hurt...The thing inside of people’s heart exceeds anything that we can imagine.....
One’s wrongdoings are caused by ignorance. Not forgiving one’s wrongdoings also is ignorance..
Enough doses can heal. Over doses can kill.
Monday, September 20, 2010
sepi ~
akibat terlalu sepi kembali maka blog ni gaklah jadi luahan serta keluhan hati ini..
hmm..cuci cuci cuci ~
Sunday, September 19, 2010
1st luv
2 3 ari lepas aku asik termimpi beliau je..
da bertahun xde orang masuk lam mimpi aku..hmmm
harap beliau sehat sejahtera sahaja disampingnya & famili beliau ~
miss her so much although i cant reach her forever
Monday, April 26, 2010
aktiviti hujung minggu part 2
mggu ni da lama xp jejalan..
kebetulan membe baik aku syawal dtg dr kuantan..dpt gak aku merasa jejalan kt pulau ni walaupun aku sndirik tatau jalan..wakaka..
sesat xyah cite la..da berpuluh2 kali sesat..
mujurlah pulau pinang ni xbesar sgt..pusing2 je jumpa tmpt sama :p
aku xreti nk cite..so jom kita layan gambar ni
hehe..
menjamu selera kt seagate..peh syok giler lepak cni..tepi laut..waiter plak aweks cun..hehe..seagate ni femes nga ikan bakar ja..pastu ada open karokay,,mmg meriah giler kt cni..tp kiteorang order tomyam jaa..mls nk tggu..lapooo
keskes..lepak dpn QB..ramai giler org kt cni dok melepak..men layang2 la..datingla..wat maksiat la..wakaka
keh keh..bgga nek feri ke bang ?
hehe..xabis2 bergambo ats feri :p
TERTIPU...membe aku 1st time dtg sini ingtkan ni jambatan pulau pinang ghuper x..ni jambatan ke butterworth daa..aku mula2 kt cni tertipu gak..wakaka
nek jambatan ni kna tol..rm1.40..kalo feri rm2.00....hala p pulau je kna bayaq..balik FOC either ferry or bridge
nk ke sini plg mudah n dkt nek feri jer dari seberang sana..
batu ferringgi
oppss..my new henset..sony kereksong..w508...plastik cover dia pon xbuang agik :p
terbeli plak kt BJ shopeng komplek...soo cute..auuuwww...grrr..haha
sekian sahaja...uh penat nk upload gambo byk2..btw satu je yg kiteorang hampa..nk nek bkt bendera..tp tutup plak...huhu..hampa giler time balik tu :p
Friday, April 16, 2010
RINDU
sbnrnya aku rindu nk balik umah..
cuti pun lambat lg...hmmmm...
aku rindukan kucing aku..famili..bantal aku,,kati aku..hehe
aiseymen..mgkin sbb buzi sgt kot..
mmm...mggu ni aku tatau nk buat ape..
duit plak makin susut..huhu..knalah saving..loan plak xmasuk2 lg..
kalau masuk pun kna byr utang org juga..xsempat nk berjoli..
tp aku da ad beberapa target benda yg nk aku beli..heehe..xsabar rasanya :D
cuti bln nie..ingt nk p gunung ledang..ada famili day bikers...
kna la kumpul duit awal2...sek bek da cuti sem masa tu..alang2 tu leh singgah tmpt aku belajar dulu.amik diploma aku...yelah..aku xpg konvo pun aritu..
urmm...tetiba je aku rasa nk selit plak gambar moto ni bersama helmet n abs bru dibeli mggu lpas..agagaga
byk tol angan2 aku :p
Tuesday, March 30, 2010
Doaku
Bismillah Yaa Fattahu Yaa halim Bismillah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Bismillah, Bismillah, Bismillah
Yaa Robbi sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari mendaki dan berduri
Yaa Robbi dengarlah doaku ya Robbi
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Cuba dan uji kan kulalui
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rohim









