dahulu dan dewasa kini kita sering mendengar ungkapan "menangis airmata darah sekalipun......."
digunakan untuk menrungkapkan sesuatu maksud yang mendalam..
xterkecuali juga aku..tp bkn sekadar berkata-kata tp benar-benar terjadi !
alkisahnya begini..tanggal 19hb lepas...tepat kul 8.30pm...aku telah tergolek diatas "sebatang jalanraya"... kalau orang tanya je apsal dgn aku ni berbalut-balut luka kt muka dan kakitangan, xsemena-mena aku yang tergelak dahulu ( dalam hati jelah..xtahan nak ketawa..maklumla nak senyum pun xboleh masa tu )... mungkin bagi orang lain xpelik..tp bagi aku plak sebaliknya..yelah sepanjang hidup aku bawa motorsikal xpenah aku tergolek seorang diri disebabkan binatang yang melintas dihadapanku..kalau setakat ayam,monyet,kambing xpela..ni binatang haram..haramjadah punya anjing ! haha..
btw..aku mmg sejak dari dlu lagi fobia sikit dgn spesis tersebut...maklumla da ada sejarah sebelum2 ni...tp xdela parah sgt kecuali hari kejadian tersebut...masih aku ingt malam tu, aku p la amik motor aku kt parking motor...dahla aritu lepas hujan..motor aku lak susah nak hidup maklumla da beberapa minggu aku xbawak...beberapa kali kakiku terkehel semasa "kick start" akhirnya hidup juga..apelagi..tarik clucth masuk gear 1..kepish....masuk gear 2 lak..sampai hujung simpang tiga xsemena-mena satu lembaga putih melintas dihadapanku..aku pun memperlahankan jenteraku supaya bendalah tu berlalu pergi..namun begitu nasib xmenyebelahiku..benda tu nak juga kacau hidup aku..dan menerkam laju dari hadapan motorku..pe lagi brek mengejutlah...tersembam muka aaku keatas tar dan tergolek ditempat kejadian..aku terus bangun alih2 da hilang benda tu..aku ingtkan nak baling dgn helmet sbb xpuas hati..xsampai dua 3 minit ramai yg datang mengerumi aku..semua dok pakat kalut.. yelah org tgk aku macam parah je...dan kebetulan ada seorang staff disini lalu ditempat kejadian dipaksanya gak aku ke hospital...mmg berat aku nak ke hospital sbb aku mmg xsuka p hospital..
sesampainya disana terus aku dibawa ke wad kecemasan..berkerumun "bidadari-bidadari" disekeliling aku..haha..tgk aku punya ic nah dia...rupanya orang sekampung...habis dok panggil geng2 dia satu negeri..dalam dok cuci-cuci luka bleh plak diorang melawak..nasib baiklah semuanya comel2...kiranya terubat juga rasa sakit ni..haha..
akhirnya aku mendapat lebih kurang 10 jahitan kt sekeliling mata kanan ku.. MA yg menjahit luka ku menyatakan yang aku nyaris-nyaris rosak mata belah kanan kerana kbykan tisu pipi ku hancur dan bernasib baik tidak sampai hujung kelopak mata..hanya beberapa cm sahaja lagi..alhamdulillah Allah masih menyayangi ku lagi.. kepada nurse-nurse, dokter-dokter dan MA serta juru-xray yg merawat aku pada malam tu, aku mengucapkan jutaan terima kasih..khidmat korang mmg terbaik..selama aku masuk hospital ( hospital tanah merah, hospital klang dan poliklinik shah alam je pun ) hospital bukit mertajam la yang terbaik..
sedang aku menulis entry ini sebenarnya aku baru balik dari klinik kesihatan yang berdekatan untuk menjalani rawatan susulan..mana tidaknya..sehari dua lepas tetiba je mata aku mengalir air mata darah..terkejut gak..nasib baik itu hanyalah air bisa yang keluar.. tadi aku p buka jahitan..ingtan da selesai harini...tp terpaksa lagi untuk datang keesokan harinya...doktor cakap jahitaan aku yg lepas banyak tidak menjadi kerana bahagian tisu belah mata kananku agak nipis ( yelah..muka pun cengkum je..xgebu-gebu) huhu... hasihh,..besok kena p cuci luka dan kemungkinan kena jahitan semula...huarghhh...nasib baik diriku mmg da xhensem..huuhu..sekarang tambah stiker baru lagi..kali ni agak banyak..haha bertambah "berseri" la lagi diriku ini..
klah..out dulu...nak makan ubat yang makin bertambah-tambahh ni..bukan makin mengurang..