Friday, February 25, 2011

Alkisah Wang kertas Malaysia berserta Sang Kancil

Wang kertas Malaysia berserta Sang Kancil
tadi dok boring-boring menunggu tido...terbelek-belek la plak duit kertas ( almaklumla tangan tgg gatal tggu duit masuk..haha ) cuba la google jap...terbaca plak entry menarik ni kt blog individu terbabit ( klik untuk link )
tanpa cakap banyak..meh kita kasi cuci mata sikit...mungkin sesetengah antara kita xtahu sejarah wang kertas / syiling dan sejarah BNM..jom layan

Kisah 1 : Agong wang kertas Malaysia.


Sejak Merdeka, Malaysia dah beberapa kali bertukar design matawang kertas - lihat sini sejarah syiling dan matawang kertas Malaysia. Scroll all the way down jika nak lihat gambar Agong di wang kertas lama dan baru. Saya bukan orang utara, jadi walau saya tahu gambar tu gambar Agong, tapi siapa sebenarnya tuanku ni?

Dari design pertama hingga hari ini, masih gunakan gambar Agong yang sama juga.

Namanya ialah Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, Agong PERTAMA negara.
Gambar-gambar dan cerita detail Tuanku di sini. Cerita lagi di sini.

Jika anda masih ingat, wang kertas "lama" Malaysia ada RM500 dan RM1,000.
Tapi kerana krisis kewangan 1998, timbul cerita bahawa orang politik ternama dan orang korporat membawa lari berjuta-juta Malaysia ke Singapore dan Switzerland.
Jika ada wang RM1,000 dan saya nak larikan RM1 juta, saya hanya perlu membawa 1,000 helai saja! Senang nak simpan dalam haversack dan beg baju!

Hari ini, wang kertas tertinggi Malaysia hanyalah RM100. Jika saya nak larikan RM1juta, kena bawa 10,000 helai. Payah nak sembunyikan jika beg masuk scan kat airport dewasa ini!!!


Singapore masih ada wang kertas S$500, S$1,000, malah S$10,000 pun. Potret di duit Singapore tu ialah bekas Presiden Yusuf Ishak, presiden pertama.
Brunei pun masih ada B$500, B$1,000 dan B$10,000 kertas.


Kisah 2 : Logo kancil Bank Negara.

Dari kecik, memang kerap kita baca buku cerita Melayu di mana sang kancil ni selalu disifatkan sebagai bijak.Jadi apabila berkelana di negara Melayu mesti biasa nampak pula logo kancil ni di bangunan Bank Negara Malaysia kan ?
Dan orang pasaran kewangan hanya panggil bank pusat ni "Negara" atau "BNM".


Si kancil Malaysia di logo ni ekor dia panjang lepas tu ada matahari dan anak bulan atas kepala dia.Mungkin BNM tidak tidur siang dan malam jaga sistem kewangan Malaysia kot..

Tapi dari mana design kancil kaki, leher, ekor panjang ni??
Baru-baru ini baru saya jumpa jawapannya. Jika salah tolong betulkan.
Rupa-rupanya BNM, katanya, dapat idea daripada wang emas Kelantan yang lama, yang dipanggil Kupang.



Cerita lanjut di sini.
Baru tahun lalu, beberapa Kupang Kelantan ni dijual dalam Lelong (Auction) wang kertas dan syiling dunia di Singapore.Sebiji syiling di atas ni - kecik saja, hanya sebesar kuku jari hantu - dijual dengan harga US$300-US$320, kerana ada nilai sejarah.

Ini description Kupang emas ni yang ditulis oleh pakar dalam buku auction tu:
"Kelantan, Patani (circa 16th to 18th* century). Kupang (gold).
Obverse [ie depan syiling] a bull/kijang facing left with raised tail ending in a circle.
Reverse [belakang syiling] in Arabic "Malik Al Adil (The Just Sultan)".
Weight 0.7 grammes, diameter approx 9.2mm."

sumber : http://www.bonology.com/

walaubagaimanapun entry hanya tiada kaitan dgn politik dan lain- lain lagi..dan telah diedit sedikit..sekadar berkongsi bahan bacaan yang menarik..

No comments:

Post a Comment